Mir akhirnya rangkul kejuaraan - Utusan Malaysia

Mir akhirnya rangkul kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VALENCIA, Sepanyol: Pelumba Sepanyol, Joan Mir merangkul kemenangan pertamanya dalam kelas perdana dan menghampiri kejuaraan MotoGP dunia selepas menjuarai Grand Prix Eropah di Litar Ricardo Tormo di sini sebentar tadi.

Kemenangan itu membolehkan Mir  mengukuhkan kedudukan pendahulu dunia kepada  37 mata.

Mir mengambil kesempatan ketika pencabar gelaran, Fabio Quartararo terlibat dalam kemalangan pada pusingan pertama manakala rakan sepasukannya, Alex Rins memastikan kedudukan satu dua buat Suzuki.

Pelumba KTM, Pol Pol Espargaro melengkapkan podium dengan menduduki tangga ketiga.

Pelumba Petronas Yamaha SRT, Quartararo berjaya meneruskan perlumbaan untuk kedudukan ke-14.

Begitupun harapannya untuk merebut kejuaraan dunia kini bertambah sukar ketika saingan berbaki dua perlumbaan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya