MFL nafi undian Piala Malaysia 'syok sendiri' - Utusan Malaysia

MFL nafi undian Piala Malaysia ‘syok sendiri’

UNDIAN Piala Malaysia 2020.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menafikan, undian Piala Malaysia 2020 yang dilakukan semalam adalah ‘syok sendiri’, sebaliknya ia dibuat secara telus dan adil, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ab Ghani Hassan.

Kata Ab Ghani, tidak timbul isu undian berat sebelah seperti didakwa sesetengah pihak kerana MFL sebagai badan pengelola Liga Malaysia (Liga M) telah melaksanakan tanggungjawab secara profesional.

“Susunan pasukan bagi setiap balang dalam mekanisme undian diambil kira berdasarkan kedudukan akhir pasukan dalam saingan Liga Super dan Liga Perdana musim ini.

“Terdapat dua balang membezakan pasukan serta dua pemerhati bebas, Datuk Jasni Shafie (Presiden Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia) dan Shahida Bashirah Hishamuddin (Ketua Unit Perundangan Persatuan Bola Sepak Malaysia) sebagai saksi pada majlis undian itu,” katanya seperti dipetik Bernama hari ini.

Keputusan undian Piala Malaysia 2020 disiarkan secara langsung di Facebook MFL semalam, mendapat kritikan peminat tempatan, yang mendakwa proses undian dijalankan secara ‘syok sendiri’.

Dawaan berat sebelah timbul susulan kedudukan pasukan dilihat tidak seimbang apabila salah satu laluan ke perlawanan akhir menghimpunkan beberapa pasukan utama Liga Super dengan pertembungan dua bekas juara, Kedah dan Pahang menjadi aksi tumpuan.

Sementara persaingan lebih mudah dilihat seakan-akan memihak kepada juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT), juara Liga Perdana 2020 Pulau Pinang, UiTM FC, Kuala Lumpur dan Kelantan menjadi antara pasukan pilihan merebut slot ke final.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya