Mercedes juara pengeluar F1 kali ketujuh - Utusan Malaysia

Mercedes juara pengeluar F1 kali ketujuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IMOLA, Itali: Lewis Hamilton memenangi  Grand Prix Emilia-Romagna sebentar tadi, sekali gus memastikan Mercedes mencipta rekod merangkul gelaran pengeluar Formula Satu (F1) kali ketujuh berturut-turut.

Rakan sepasukan Hamilton yang bermula dari petak depan, Valtteri Bottas menamatkan saingan di tangga kedua.

Pemandu Renault, Daniel Ricciardo melengkapkan podium dengan berada di tangga ketiga.

Kemenangan ke-93 sepanjang karier Hamilton itu membolehkannya melebarkan kedudukan pendahulu dunia kepada 85 mata ketika musim 2020 berbaki empat perlumbaan.

Hamilton kini mengumpul 282 mata, meninggalkan  Bottas di tangga kedua dengan 197 mata.

“Pencapaian luar biasa daripada anda semua. Saya sangat bangga dan rasa bertuah menjadi sebahagian kejayaan ini,” kata Hamilton menerusi radio pasukan.

“Sudah pasti tidak dapat melakukannya tanpa kamu,” balas krew pasukan di garaj Mercedes.

Prinsipal Mercedes, Toto Wolff yang meraikan ulang tahun kelahiran ke-47 berkata, gelaran dunia ketujuh itu amat membanggakan.

Saingan F1 akan berehat seminggu sebelum kembali di Turki, 15 November ini yang mana Hamilton berpeluang mengesahkan kejuaraan dunia kali ketujuh. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya