Maskot Arsenal sudah kembali - Utusan Malaysia

Maskot Arsenal sudah kembali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Maskot Arsenal, Gunnersaurus membuat kemunculan pertama di khalayak ramai sejak hampir dipecat untuk mengurangkan kos kelab.

Tindakan kelab London itu untuk memecat Jerry Quy, yang sudah memakai kostum Gunnersaurus sejak 27 tahun mendorong peminat Arsenal mengutip dana, malah menarik perhatian bintang Gunners, Mesut Ozil yang menawar diri untuk membayar gajinya.

Dalam akaun Twitter miliknya, watak berkenaan memuat naik gambar sambil berkata: “Kembali ke Stadium Emirates hari ini”.

Masih belum pasti siapa memainkan peranan Gunnersaurus dalam imej berkenaan tetapi laporan mengatakan ramai orang kini menjadi sebahagian ‘dinosaur itu’ dan kelab turut menawarkannya buat Quy.

“Seperti yang kami selalu katakan, Gunnersaurus ialah bahagian penting Arsenal dan watak popular bagi peminat kami di seluruh dunia.

“Gunner tidak pernah ke mana-mana tetapi kerana halangan akibat virus, ada kekangan buatnya tampil di tempat terbuka,” kata jurucakap kelab.

Catatan di Twitter itu menerima 40,000 tanda like dalam masa kurang sejam dan penyokong yang tidak boleh memasuki Stadium Emirates kerana Covid-19 lega melihatnya kembali. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya