Maradona selamat dibedah - Utusan Malaysia

Maradona selamat dibedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUENOS AIRES: Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona selamat menjalani pembedahan membuang darah beku di otak, menurut doktornya sebentar tadi.

“Kami berjaya sepenuhnya membuang darah beku dan Diego tidak berdepan sebarang masalah.

 

“Ia terkawal, cuma ada sedikit sisa dalam saluran (darah beku) dan dia akan terus di bawah pemantauan,” kata Leopoldo Luque selepas tamat pembedahan di klinik persendirian dekat Buenos Aires.

Pemenang Piala Dunia 1986 berusia 60 tahun itu, dibawa ke hospital kelmarin untuk ujian lanjut selepas mengadu tidak sihat sejak beberapa hari lalu.

Ujian imbasan menunjukkan terdapat darah beku dengan media Argentina menimbulkan spekulasi terdapat hentakan di kepalanya.

Semalam, Luque mendakwa Maradona berasa agak sihat dan sedia meninggalkan hospital tetapi menegaskan jurulatih Gimnasia Y Esgrima itu berdepan penyakit anemia akibat kekurangan zat besi dan air.

Luque berkata situasi itu menyebabkan dia berasa sangat lemah dan keletihan dan selepas ujian lanjut terdapat darah beku di kepalanya dan dipindahkan ke hospital di La Plata.

Gaya hidup Maradona juga antara penyumbang kepada keadaannya sekarang jelas Luque.

Bersama legenda Brazil, Pele yang kini berusia 80 tahun, Maradona juga dianggap salah seorang pemain terhebat sepanjang zaman. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya