BUENOS AIRES: Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona meninggal dunia pada usia 60 tahun, umum jurucakapnya sebentar tadi.
Maradona yang dinobat sebagai pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman bersama legenda Brazil, Pele meninggal dunia akibat serangan jantung.
Beliau sebelum ini turut menjalani pembedahan membuang ketulan darah beku di otak, awal bulan ini.
Presiden Argentina, Alberto Fernandez mengumumkan tiga hari berkabung di negara Amerika Selatan tersebut.
Tidak lama sebelum pengumuman yang mengejutkan itu, media Argentina melaporkan kesihatan Maradona merosot teruk hari ini dan sedang dirawat oleh doktor di kediamannya di utara Buenos Aires.
“Terdapat empat ambulans di kediaman tersebut. Mereka juga telah memanggil ahli keluarga untuk datang. Ini serius,” lapor saluran sukan TyC. – AFP