OLIVOS, Argentina: Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona meninggalkan hospital hari ini selepas lapan hari menjalani pembedahan bagi membuang darah beku di otaknya.
Maradona meninggalkan klinik dekat Olivos, Buenos Aires menaiko ambulans sejurus selepas doktor Leopoldo Luque memberitahu wartawan dia akan pulang.
Luque sebelum itu memuat naik gambar di Instagram memeluk legenda berusia 60 tahun itu yang memakai kain lilitan di kepalanya.
Maradona akab menyambung proses pemulihan di Tigre, 30 kilometer dari utara Buenos Aires, berdekatan kediaman anak perempuannya, Giannina.
“Diego mungkin melalui tempoh paling sukar dalam hidupnya.
“Apa yang diperlukannya ketika ini ialah keluarganya dan dibantu pakar perubatan,” kata peguamnya, Matias Morla.
Menurut Morla, ia bagaikan satu keajaiban apabila darah beku ‘yang boleh membunuhnya’, dapat dikesan.
“Bersama doktor dan keluarganya, Diego akan menjadi seperti sepatutnya – gembira,” katanya. – AFP