Manchester United kalah lagi - Utusan Malaysia

Manchester United kalah lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Pertahanan rapuh menghukum Manchester United apabila dikejutkan dengan kekalahan 2-1 kepada Istanbul Basaksehir dalam saingan Liga Juara-Juara pagi tadi.

Selepas cemerlang dalam dua aksi pertama Kumpulan H – menundukkan Paris Saint-Germain 2-1 dan membenam RB Leipzig 5-0, United gagal meneruskan rentak kemenangan.

Kekalahan itu hadir tiga hari selepas mereka tewas 0-1 kepada Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, sekali gus meningkatkan lagi tekanan Ole Gunnar Solskjaer.

 

Pemain Istanbul Basaksehir meraikan kejayaan menewaskan Manchester United.

Gol pertama Basaksehir menyerlahkan kepincangan pertahanan United apabila  Demba Ba yang menerima hantaran jauh membuat larian solo ke kawasan lawan yang kosong.

Hanya Nemanja Matic berada berhampiran bekas penyerang Chelsea itu, namun tiada apa mampu dilakukan untuk menghalang rembatan Ba seawal minit ke-12.

Biarpun menguasai permainan, namun pertahanan terbuka menghukum United buat kali kedua apabila kapten Edin Visca menggandakan kedudukan 2-0 pada minit ke-40.

Anthony Martial memberi harapan buat Red Devils dengan merapatkan jurang 1-2, tiga minit berselang.

Bagaimanapun kegagalan menembusi benteng Basaksehir pada babak kedua memberi kekalahan buat juara tiga kali itu.

“Lawan mendapat gol selepas kami gagal bertahan dengan baik. Kami melepaskan dua gol mudah.

“Sukar untuk berfikiran positif apabila kamu kalah dengan cara begini,” kata pengendali United, Solskjaer. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya