Malaysia bakal miliki game sehebat Mobile Legends, PUBG - Utusan Malaysia

Malaysia bakal miliki game sehebat Mobile Legends, PUBG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sudah tiba masanya Malaysia mempu­nyai permainan nasional yang diba­ngunkan dan dimainkan oleh rakyat tempatan serta mendapat sokongan sepenuhnya di tanah air.

Timbalan Presiden Persekutuan E-Sukan Malaysia (MESF), Afiq Fadhli Narawi berkata, pihaknya berhasrat menggunakan sebahagian daripada peruntukan RM15 juta daripada Belanjawan 2021 bagi membina permainan video keluaran tempatan.

 

Afiq Fadhli Narawi

“Dengan adanya suntikan dana ini, dapatlah kami membangunkan lagi industri e-sukan bukan hanya tertumpu kepada atlet mahupun infrastruktur, malah kalau boleh kami mahu ada permainan video kita sendiri.

“Selama ini, kebanyakan pemain akan mengeluarkan wang untuk permainan luar negara seperti Mobile Legends daripada pemaju Moonton, PlayerUnknown’s Battlegrounds (Tencent), Dota 2 (Valve).

“Jadi, pemain akan ber­belanja untuk ekonomi negara luar terbabit tapi kali ini kami mahu Malaysia ada permainan sendiri, yang dimajukan anak Malaysia, dimainkan rakyat Malaysia dan dibelanjakan untuk negara Malaysia.

“Bermakna kita sendiri dapat membantu menjana ekonomi negara secara keseluruhan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia kelmarin.

Kelmarin, Menteri Kewa­ngan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam sesi pembentangan Belanjawan 2021 di Parlimen berkata, sebanyak RM15 juta peruntukan disalurkan kepada pembangunan e-sukan negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN