KUALA LUMPUR : Bintang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin terpaksa berehat selama tiga minggu selepas mengalami kecederaan hamstring.
Luqman lebih mesra disapa Luqie mengalami kecederaan ketika sesi latihan sehari selepas aksi menentang RSC Anderlecht, yang mana menyaksikan dia melakar sejarah menjadi pemain pertama Malaysia bermain dalam liga utama Eropah bersama KV Kortrijk ketika tewas 3-1.
Pihak perubatan kelab telah membuat pemeriksaan dan mendapati otot pemain berusia 18 tahun itu koyak sepanjang 1.9 sentimeter sekali gus dinasihatkan berehat selama tiga minggu.
Kecederaan ini menyaksikan Luqie bakal terlepas aksi bersama skuad senior pada perlawanan Liga Pro Belgium menentang Zulte Waregem esok.
Malah, dia juga bakal terlepas aksi menentang K Beerschot VA pada 7 November dan Club Brugge (22 November).