Luqie makin sihat, 'sado' - Utusan Malaysia

Luqie makin sihat, ‘sado’

LUQMAN Hakim menjalani latihan di gimnasium.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bintang muda sensasi negara Luqman Hakim Shamsudin akan kembali menjalani latihan bersama skuad utama minggu depan selepas pulih daripada kecederaan hamstring, awal bulan lalu.

Penyerang berusia 18 tahun itu, memahat sejarah bola sepak tanah air apabila muncul pemain pertama Malaysia beraksi di liga utama Eropah selepas masuk pada minit ke-74 ketika KV Kortrijk tewas 1-3 kepada RSC Anderlecht, 24 Oktober lalu.

Ketika ditanya ke­adaan semasa dan proses pemulihannya, Luqman me­ngakui semua berjalan baik, malah merasai perubahan terutama bentuk fizikal sepanjang hampir empat bulan bersama kelab Belgium itu.

“Alhamdulillah proses pemulihan berjalan baik dan fizikal saya juga nampak ­makin sado.

“Insya-Allah minggu depan dapat berlatih dengan pasukan macam biasa,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Tambahnya, dia sudah mula berasa selesa menetap di Belgium dan mengakui rakan sepasukan serta pengurusan banyak membantu untuk cepat menyesuaikan diri di sini.

“Sudah rasa selesa boh berbanding awal-awal datang.

“Rakan pasukan dan pengurusan banyak bantu saya di sini,” ujarnya.

Luqman atau lebih mesra di­sapa Luqie terpaksa berehat selama tiga minggu selepas me­ng­alami kecederaan hamstring.

Ketika pihak perubatan kelab membuat pemeriksaan, mereka mendapati otot pemain itu koyak sepanjang 1.9 sentimeter.

Luqman dilaporkan me­ngalami kecederaan tersebut ketika menjalani latihan bersama KV Kortrijk.

Penyerang kelahiran Kota Bharu itu menandatangani kontrak lima tahun bersama kelab Belgium milik usahawan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan pada Ogos lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya