Liverpool 'hilang' Alexander-Arnold sebulan - Utusan Malaysia

Liverpool ‘hilang’ Alexander-Arnold sebulan

TRENT Alexander-Arnold (tengah) menerima rawatan selepas mengalami kecederaan dalam aksi Liga Perdana Inggeris menentang Manchester City di Etihad, Manchester semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Liverpool terus menerima tamparan hebat selepas terpaksa melupakan khidmat pemain pertahanan, Trent Alexander-Arnold selama sebulan akibat kecederaan betis.

Bek kanan berusia 22 tahun itu mengalami kecederaan tersebut ketika pasukannya seri 1-1 dengan Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris, Ahad lalu.

Alexander-Arnold terpaksa diketepikan daripada tugasan antarabangsa bersama England, dan bakal terlepas perlawanan menentang Leicester City, Atalanta serta Brighton.

Dia juga tidak pasti dapat beraksi dalam pertemuan dengan Ajax, Wolverhampton serta Midtjylland yang bermula pada awal Disember.

Kecederaan Alexander-Arnold, yang kini berada pada prestasi terbaik memberi tamparan buat pengendali Liverpool, Jurgen Klopp yang sebelum ini sudah kehilangan pertahanan tengah, Virgil van Dijk sehingga akhir musim. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya