Letih 'semua salah Messi' - Utusan Malaysia

Letih ‘semua salah Messi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA: Kecewa dengan situasi terkini di Barcelona, Lionel Messi memberitahu media Sepanyol: “Saya letih kerana selalu dijadikan punca semua masalah di kelab”.

Messi kembali ke Sepanyol semalam selepas membantu Argentina menumpaskan Peru 2-0 dalam kelayakan Piala Dunia 2022 zon Amerika Selatan kelmarin.

Setibanya di Barcelona, dia didatangi wartawan yang bertanya mengenai situasi semasa di kelab dan komen yang dikeluarkan bekas ejen Antoine Griezmann, Eric Olhats serta bapa saudara pemain itu, Emmanuel Lopes.

Messi, 33, meluahkan rasa kecewa kepada sekumpulan media yang menunggu di lapangan terbang, lapor akhbar El Mundo Deportivo.

Minggu lalu, Lopes mendakwa, sesi latihan Barcelona ‘direka untuk membuatkan sesetengah orang gembira’, sambil menuding jari ke arah Messi.

Olhats pula mendakwa, sikap ‘kuku besi’ kapten Argentina itu membuatkan Griezmann sukar mendapatkan rentak terbaik di Camp Nou.

LIONEL MESSI

“Griezmann tiba di kelab di mana Messi mempengaruhi semua keputusan.

“Dia ibarat maharaja dan pemegang takhta, malah tidak ikhlas menerima kehadiran Antoine. Sikapnya amat menjengkelkan dan membuatkan Antoine tidak selesa,” kata Olhats kepada France Football.

Dalam satu dokumentari yang disiarkan di Perancis, Lopes bercakap mengenai hubungan anak saudaranya itu dengan Messi, selain situasi semasa di Barcelona.

“Dia (Griezmann) yakin tidak akan menyerlah dalam enam bulan pertama tetapi apa yang saya tidak jangkakan, dia berdepan masalah sepanjang tahun itu.

“Selain itu, situasi bersama Messi….Saya tahu apa yang berlaku dan ia tidak mudah.

“Secara amnya, Messi tidak bekerja cukup keras di Barcelona dan struktur latihan di sana direka hanya untuk menggembirakan sesetengah orang.

“Tidak mengapa kalau kamu tidak suka bekerja keras tetapi Antoine perlu bekerja, begitu juga pemain lain,” katanya.

Griezmann menyertai Barcelona dari Atletico Madrid musim lalu dengan rekod perpindahan 120 juta euro (RM582.33 juta). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya