LEICESTER: Sepakan penalti Jamie Vardy membantu Leicester City merampas kedudukan pendahulu Liga Perdana Inggeris selepas menundukkan Wolverhampton 1-0 pagi tadi.
Skuad bimbingan Brendan Rodgers itu kini memenangi enam perlawanan berturut-turut (semua kejohanan), sekali gus mengatasi Tottenham serta Liverpool dengan satu mata.
Keputusan seri 1-1 yang dicatat Liverpool di Manchester City membolehkan The Foxes kekal di puncak liga.
Rodgers berkata, dia tetap gembira dengan pencapaian anak buahnya pada permulaan musim sekalipun jika mereka tidak berada di puncak liga.
“Apa saja mengenai perlawanan hari ini semuanya bagus dan kami patut menjaringkan lebih dari satu gol.
“Cara permainan kami lebih baik ketika berdepan pasukan yang kuat. Anda tidak selalu mendapat entak seperti itu. Lebih banyak kami bekerjasama, kami mampu untuk berdepan dengan tekanan.
“Kami berdepan cabaran sebenar pada awal musim ini dengan barisan pemain yang ada, jadi menang sembilan daripada 11 perlawanan dalam semua kejohanan menunjukkan kami memiliki pasukan luar biasa,” kata Rodgers. – AFP