Legenda bola sepak Singapura meninggal dunia - Utusan Malaysia

Legenda bola sepak Singapura meninggal dunia

ALLAHYARHAM SALIM MOIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Legenda dan bekas pemain bola sepak kebangsaan Singapura, Salim Moin meninggal dunia di republik itu kelmarin.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran Facebook Kelab Bola Sepak Hougang United (HGFC).

“Dukacita dimaklumkan di atas pemergian Penolong Jurulatih kami, Salim Mon. Beliau adalah bekas ketua jurulatih bagi Woodlands Wellington antara 2012 dengan 2013 dan di Hougang United pada 2015.

“Kami menyifatkan beliau sebagai individu penting bagi pasukan yang bertanding dalam musim 2019 sekali gus berjaya membawa kelab ini dalam landasan terbaik sebelum penutup musim lalu. Allahyarham juga disanjung atas dedikasi dan ketokohannya baik di dalam mahupun luar padang.

“Allahyarham akan dirindui oleh kami semua dan kami mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan-rakannya,” menurut Facebook kelab itu.

Salim, 59, sebelum ini pernah memenangi Piala Malaysia pada 1980 dan pemain seangkatan wira-wira bola sepak seperti Fandi Ahmad, Malek Awab serta Sudiat Dali.

Jenazah Salim dikebumikan hari ini di tanah perkuburan di Hougang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya