LONDON: Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp mengakui tiada pertandingan yang lebih sukar daripada menghadapi Manchester City apabila kedua-duanya bakal bertembung dalam saingan Liga Perdana Inggeris, esok.
Kata pengendali dari Jerman itu, dia sangat teruja untuk merebut tiga mata ketika menentang pasukan pilihan tersebut di Stadium Etihad.
“Saya menikmati persiapan dan perlawanan sebegini, namun ia bukan bermakna mudah. Ia satu tugas berat dan paling sukar dalam dunia bola sepak bagi saya apabila membimbing Liverpool untuk berdepan City.
“Ya, saya memang menikmati persediaan namun ternyata ada beberapa perlawanan kami tewas kepadanya. Tidak bermaksud jika saya gemar untuk bersiap sedia menentang mereka, kami akan menang selepas itu…tidak.
“Bagaimanapun dari masa ke masa saya sukakannya, saya perlu menikmatinya,” kataKlopp.
Dalam masa sama, Klopp berkata, skuad Reds kebiasaannya mengubah corak permainan mereka untuk mengekalkan gelaran, namun bertemu City, Liverpool bagaimanapun beraksi dengan gaya sama dan bebas.
“Selalunya anda menyedari bahawa hampir semua persiapan sangat sukar kerana apabila pasukan bermain menentang kami, mereka mengubah segalanya.
“Itu menjadikannya sangat sukar kerana anda tidak tahu apa yang diharapkan,” katanya. – AGENSI