Kerugian batal Sukma minimum - Utusan Malaysia

Kerugian batal Sukma minimum

ONN HAFIZ GHAZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Keputusan pembatalan penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) Johor tahun depan yang dibuat lebih awal menyebabkan kerugian dialami kerajaan negeri adalah minima.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Belia dan Sukan Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, bagaimana pun jumlah kerugian berkenaan belum dapat dimuktamadkan lagi dan perlu diteliti terlebih dahulu secara terperinci.

Beliau berkata, jumlah akhir kerugian itu akan diperolehi pada penghujung bulan ini setelah mengambil kira pelbagai aspek. 

“Soal kerugian ini, itu antara faktor utama kita di peringkat kerajaan negeri membuat permohonan kepada kerajaan pusat lebih awal (bagi mengelakkan kerugian lebih besar).

“Jumlah kerugian sebenar masih belum dimuktamadkan, tapi apa yang boleh kita sahkan ialah kerugian yang dialami adalah minima selepas keputusan awal pembatalan Sukma dibuat,” katanya pada sidang akhbar di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad di Iskandar Puteri di sini hari ini. 

Yang turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ, Datuk Mohd. Noorazam Osman, Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Sukma Johor, On Jabbar @ Ja’afar dan Pengarah MSNJ, Mohd. Gadaffie Abd. Aziz.

Kelmarin, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengumumkan Sukma dan Para Sukma 2020 yang dijadualkan berlangsung di Johor pada 2021 terpaksa dibatalkan akibat ketidaktentuan penularan wabak Covid-19 yang telah memasuki gelombang ketiga di negara ini.

Kata beliau, pembatalan tersebut dibuat selepas Kerajaan Negeri Johor memohon supaya Sukma dan Para Sukma yang masing-masing dijadualkan tahun depan pada 6 hingga 14 Mac serta 5 hingga 10 April dibatalkan atas keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan atlet, pegawai serta rakyat di negeri ini. 

Dalam pada itu, Onn Hafiz turut memberi jaminan kepada kontraktor yang telah menyiapkan pembinaan venue Sukma Johor akan menerima pembayaran seperti yang dijanjikan.

“Biarpun temasya sukan ini ditangguhkan, kita akan pastikan pembayaran dibuat kepada kontraktor yang membangunkan venue ini,” katanya. 

Bagi persiapan Sukma edisi ke-20 itu, kerajaan negeri telah menyediakan 39 gelanggang pertandingan termasuk 11 venue baharu. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya