Kecewa besar jika ABK 2020 batal - Utusan Malaysia

Kecewa besar jika ABK 2020 batal

SAFAWI Rasid membolot tiga trofi dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2019.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas Piala FA dan Piala Malaysia batal, manakala Liga Super serta Liga Perdana dipendekkan, Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) sahaja mampu mengubati kekecewaan komuniti sukan No. 1 dunia itu.

ABK 2020 yang menjadi upa­cara paling dinantikan pemain, jurulatih dan seluruh penggiat bola sepak tempatan bagaima­napun berdepan risiko dibatalkan akibat pandemik Covid-19.

Pada edisi lalu, bintang Harimau Malaya, Safawi Rasid membolot tiga trofi termasuk Pemain Paling Bernilai (MVP) yang dianggap ‘ibu’ kepada semua anugerah.

Pemenang anugerah Pe­nyerang Terbaik edisi pertama pada 2005, Rudie Ramli berharap Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dapat meneruskan majlis menghargai pemain tempatan meskipun Liga Malaysia (Liga M) musim ini hanya berlangsung 12 perlawanan – 11 Liga Super dan Perdana serta satu pusingan Piala Malaysia

Katanya, jika musim lepas 27 anugerah diberikan mungkin musim ini pihak ia dikurangkan mengikut kesesuaian.

RUDIE RAMLI

“Kalau boleh teruskan ABK kerana secara tidak langsung mengubat duka pemain dan pasukan yang tidak dapat menikmati saingan Liga Malaysia tahun ini.

“Dengan keadaan semasa, ba­nyak pihak terkesan tapi acara ini menghargai pemain bola sepak tempatan dan sayang jika tidak dianjurkan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Begitupun, Pengerusi Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), B. Sathianathan yang memenangi anugerah Mesra Media musim lalu berpendapat, sebaiknya ABK 2020 tidak diadakan.

“Secara peribadi saya berasakan tidak perlu.

“Dengan 12 perlawanan berlangsung bagaimana hendak menilai pemenang?,” kata bekas pengendali Selangor itu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya