Kami sangat marah - Griezmann - Utusan Malaysia

Kami sangat marah – Griezmann

REAKSI pemain Barcelona ketika menentang Deportivo Alaves dalam aksi La Liga di di Stadium Mendizorroza, Vitoria pagi tadi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Antoine Griezmann mengakui, pemain Barcelona berang dengan diri sendiri selepas sekadar seri 1-1 dengan Deportivo Alaves dalam aksi La Liga pagi tadi.

Barcelona gagal mencari gol kemenangan biarpun mengharungi sebahagian besar babak kedua dengan kelebihan seorang pemain.

Kesilapan penjaga gol, Neto membenarkan Luis Rioja meledak gol pembukaan Alaves pada minit ke-31, namun tuan rumah kemudian kehilangan Jota yang dilayangkan kad kuning kedua kerana melakukan tendangan tinggi bahaya terhadap Gerard Pique.

Griezmann menyelamatkan Barcelona untuk sekurang-kurangnya pulang bersama satu mata selepas meledak gol penyamaan pada minit ke-63.

Barcelona kini mengharungi empat perlawanan La Liga tanpa kemenangan untuk menghuni tangga ke-12 dengan mengumpul lapan mata.

Penjaga gol Alaves, Fernando Pacheco juga muncul wira pasukannya apabila menyelamatkan banyak percubaan bahaya ke arah gawangnya.

“Kami sangat marah dan marah kerana kami mahukan tiga mata.

“Kami gagal di depan pintu gol. Kami mempunyai banyak peluang tetapi hanya menjaringkan satu gol.

“Kami kena perbaiki permainan. Pasukan perlukan lebih banyak gol daripada saya dan saya akan cuba melakukannya,” kata Griezmann dalam sidang akhbar selepas perlawanan.

Real Madrid merampas kedudukan pendahulu La Liga selepas menewaskan Huesca 4-1, sekali gus meninggalkan Barcelona dengan lapan mata.

Real Sociedad yang berada di tangga kedua dengan 14 mata berpeluang merampas semula kedudukan teratas jika mengalahkan Celta Vigo malam ini.

“Saya amat kecewa. Sekali lagi kami tidak bermain baik untuk mendapatkan keputusan diingini.

“Gol pertama adalah hadiah dan kemudian kami mencipta banyak peluang tetapi tidak memanfaatkannya,” kata jurulatih Barcelona, Ronald Koeman.

Keputusan Koeman menggantikan Ansu Fati yang beraksi lebih baik berbanding Lionel Messi ketika permainan berbaki 12 minit juga mengejutkan.

Fati lebih tajam berbanding Messi yang sepanjang musim ini masih belum menjaringkan gol daripada permainan terbuka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya