Kali ini main lebih lama? - Utusan Malaysia

Kali ini main lebih lama?

AKSI Luqman Hakim Shamsudin (kanan) ketika menentang Anderlecht dalam penampilan sulungnya bersama KV Kortrijk di Liga Pro Belgium minggu lalu. – IHSAN KV KORTRIJK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas membuat penampilan bersejarah ketika menentang Anderlecht minggu lalu, Luqman Hakim Shamsudin bersedia diturun­kan buat kali kedua bersama KV ­Kor­trijk dalam Liga Pro Belgium menentang Zulte Waregem esok.

Minggu lalu, penyerang remaja sensasi berusia 18 tahun itu beraksi dalam 16 minit terakhir permainan dan sentuhannya membawa kepada gol tunggal Kortrijk, biarpun pasukan tersebut akhirnya tumpas 1-3.

Selepas bekerja keras untuk mendapat tempat dalam skuad utama, pengendali pasukan, Yves Vanderhaeghe memuji bakat graduan sulung Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan (NFDP) itu, sekali gus memberi bayangan dia mungkin menjadi watak penting Kortrijk.

Malah, kelab Belgium itu turut melancarkan dokumentari khas mengenai perjalanan Luqman dari Kota Bharu, Kelantan itu diberi tajuk #The Journey of Luqie.

“Luqman mempunyai bakat luar biasa. Kami perlu membentuknya menjadi pemain terbaik dan melatih dia agar dapat ber­aksi mengikut tempo sebenar.

“Saya percaya tempo permainan Eropah lebih mencabar dari di Malaysia dan kami sedang menyiapkannya untuk ber­aksi mengikut tempo sebenar Eropah,” kata Vanderhaeghe dokumentari yang dilancarkan semalam.

Sementara itu, Luqman me­ngakui nikmat menjaringkan gol di pentas Eropah amat luar biasa dan membuatkannya cukup bersemangat untuk membuktikan kemampuan.

Dia diberi peluang beraksi selama 30 minit dalam perlawanan persahabatan pertamanya bersama pasukan senior September lalu dan berjaya mencipta impak dengan membantu mereka menang 2-1 ke atas BX Brussel.

“Saya menjaringkan gol di Eropah untuk pasukan Eropah, skuad utama KV Kortrijk. Biarpun cuma aksi persahabatan, saya gembira,” kata Luqman.

Menurut Luqman, Vanderhaeghe banyak memberi tunjuk ajar dan meningkatkan keyakinannya, malah jurulatih itu memberi kata-kata semangat sebelum dia masuk mengggantikan Peter Golubovic pada minit ke-74 dalam pertemuan menentang Anderlecht.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya