BERGAMO, Itali: Hatrik Diogo Jota membantu Liverpool mempamer aksi terbaiknya musim ini apabila membelasah Atalanta 5-0 dalam Kumpulan D, Liga Juara-Juara pagi tadi.
Penyerang Portugal itu membuka jaringan Reds pada minit ke-15 dan menambah gol kedua 18 minit kemudian bagi meletakkan pasukannya mendahului 2-0 pada babak pertama.
Liverpool terus mengukugkan kedudukan pada babak kedua menerusi Mohamed Salah dan Sadio Mane yang menambah dua gol lagi dalam tempoh empat minit.
Jota yang menyertai Liverpool dari Wolverhampton musim ini melengkapkan hatrik selepas 55 minit permainan untuk kemenangan 5-0.
Skuad kendalian Jurgen Klopp yang juga juara 2019 kini menerajui Kumpulan D dengan meraih sembilan mata maksimum, lima mengatasi Atalanta serta Ajax yang menang 2-1 berdepan juara Denmark, Midtjylland. – AFP