Jodoh Lee Tuck, Terengganu berakhir - Utusan Malaysia

Jodoh Lee Tuck, Terengganu berakhir

LEE TUCK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Kapten Terengganu FC, Lee Tuck, 32, sah meninggalkan pasukan itu selepas tidak ditawarkan kontrak baharu musim depan.

Pemain kelahiran Halifax, England itu berkata, pengembaraannya bersama Terengganu FC sudah tamat sekali gus mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan, jurulatih di samping rakan sepasukan selepas tiga musim bersama skuad tersebut.

Katanya, Terengganu FC mempunyai perancangan baharu untuk musim depan, namun dirinya tiada dalam agenda itu.

“Saya gembira sepanjang berada di sini dan mendoakan pasukan terus maju pada masa depan.

“Terima kasih juga kepada semua peminat dan rakyat Terengganu atas layanan mesra dari hari pertama saya di sini bersama keluarga. Setiap detik amat bermakna dan saya sentiasa memberikan yang terbaik,” katanya dalam hantaran terbaharu di laman Instagram miliknya hari ini.

Tuck mula memakai lilitan kapten selepas ketiadaan Kipre Tchetche dan merupakan penjaring gol kedua terbanyak Terengganu FC dengan enam gol dalam Liga Super.

Ketiadaan Tuck sekali gus mengesahkan rombakan tonggak import selepas Faris Ramli dan Dominique Da Sylva turut mengucapkan selamat tinggal kepada Terengganu FC.

Status dua lagi pemain import pula masih samar dengan Babacar Diallo bergelut dengan masalah kecederaan manakala Sanjar Shaakhmedov pula menerima tawaran kelab Korea Selatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya