KUALA LUMPUR : Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) menerima undian mudah berbanding Pahang, Selangor, Perak dan Kedah yang berdepan laluan sukar untuk ke final Piala Malaysia.
Skuad Harimau Selatan akan melayan kunjungan Kuching FA pada pusingan pertama, manakala Pahang bertemu Kedah di Alor Setar dan Selangor berdepan Melaka United.
Undian Piala Malaysia kali ini diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya secara maya ekoran pandemik Covid-19.
Piala Malaysia 2020 akan membuka tirai Jumaat depan.