LONDON: Bintang muda Chelsea, Kai Havertz kini menjalani proses kuarantin selepas disahkan positif Covid-19.
Keputusan ujian pemain tengah Jerman itu diumum selepas dia tidak disenaraikan dalam skuad Chelsea ketika menentang Rennes dalam Liga Juara-Juara di Stamford Bridge, pagi tadi.
“Frank Lampard (jurulatih Chelsea) mengesahkan Kai Havertz diuji positif Covid-19.
“Pemain itu perlu menjalani kuarantin dan tidak terlibat dalam aksi Liga Juara-Juara bertemu Rennes,” kata Chelsalea dalam satu kenyataan sebelum perlawanan.
Havertz, 21, mengharungi detik sukar sejak menyertai Blues dari Bayer Leverkusen awal musim ini.
Dia hanya meledak satu gol dalam Liga Perdana Inggeris dan bergelut mendapatkan prestasi terbaik selepas diturunkan di pelbagai posisi oleh Lampard. – AFP