Harimau Kumbang ke suku akhir - Utusan Malaysia

Harimau Kumbang ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Juara Liga Perdana, Pulau Pinang mara ke suku akhir Piala Malaysia selepas menyingkirkan Felda United FC 3-1 di Stadium Bandaraya, sebentar tadi.

Kekalahan itu bermakna, Felda United membuat kemunculan terakhir dalam Liga Malaysia (Liga M) selepas disahkan tidak akan bersaing musim depan.

Skuad Harimau Kumbang bermula agresif dan terlebih dulu berada di depan hasil jaringan Anselmo Arruda pada minit ke-37.

Felda bagaimanapun menyamakan kedudukan seminit selepas babak kedua bersambung apabila Nicolas Velez menewaskan penjaga gol Pulau Pinang, Samuel Somerville menerusi rembatan jarak dekat.

Tuan rumah bagaimanapun kembalu di depan pada minit ke-62 hasil jaringan cantik Amer Azahar.

Lee Chang-hoon mengukuhkan kedudukan Harimau Kumbang apabila sepakan bebasnya pada minit ke-76 menerjah gawang lawan untuk tuan rumah mendahului 3-1.

Pulau Pinang akan bertemu pemenang di antara UiTM FC dan Kelantan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya