ISTANBUL: Pelumba Mercedes AMG Petronas, Lewis Hamilton mengesahkan gelaran dunia ketujuh selepas muncul juara Grand Prix (GP) Turki, sebentar tadi.
Tempat kedua milik Sergio Perez yang mewakili pasukan Racing Point BWT Mercedes manakala ketiga diraih pelumba Ferrari, Sebastian Vettel dalam perlumbaan 58 pusingan.
Kemenangan itu adalah kejuaraan ke-10 buat Hamilton musim ini.
Pemandu berusia 35 tahun itu kini menyemai rekod yang dimiliki legenda formula satu, Michael Schumacher.
“Saya kehilangan kata-kata ketika ini. Terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa menyokong saya terutama kepada pasukan yang bekerja keras sepanjang saya bersama Mercedes.
“Terima kasih juga kepada keluarga. Ini impian dan apa yang saya impikan sejak kecil dan kini menjadi kenyataan. Tiada yang mustahil untuk dicapai jika bekerja keras dan paling utama jangan pernah berputus asa,” kata Hamilton.
Enam lagi kejuaraan Hamilton sebelum ini hadir pada 2008, 2014, 2015, 2017 dan 2018, 2019.