Giliran Wyman pimpin carta - Utusan Malaysia

Giliran Wyman pimpin carta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perebutan kedudukan teratas bagi perseorangan lelaki Cabaran Ranking Remaja Kebangsaan Peringkat Akhir semakin sengit kali ini melibatkan tiga pemain, Wyman Goh, Ong Ken Yon dan Justin Hoh yang berkongsi dua mata selepas tamat tiga perlawanan.

Kedudukan semasa perseorangan lelaki kini dipegang Wyman selepas menundukkan pendahulu hari pertama, Ken Yon dengan kemenangan straight-set 21-11, 21-17.

“Corak serangan saya masih lemah dan pemain pemain remaja ini tampak bermain tanpa tekanan sebaliknya pemain senior lebih tertekan.

“Kedudukan saya dalam kumpulan masih belum selamat dan perlu pastikan kemenangan pada perlawanan seterusnya jika mahu kekalkan kedudukan,” kata Wyman.

Ken Yon di kedudukan kedua manakala Justin turun ke tempat ketiga selepas tewas kepada Jacky 10-21, 20-22.

Lee Shun Yang dan Ter Chun Long masing-masing berkongsi satu mata untuk berada di kedudukan kelima dan keenam.

Perebutan bagi saingan perseorangan perempuan juga tidak kurang hebat melibatkan Eoon Qi Xuan dan K. Letshaana terus unggul di tangga teratas.

Qi Xuan melakar kemenangan kedua berturut-turut untuk mengumpul dua mata selepas menang ke atas Myisha Mohd. Khairul 21-12, 21-12, sekli gus kekal selaku pendahulu.

Letshaana terus mengekori di belakang turut berkongsi dua mata selepas mudah menundukkan Tan Zhing Yi 21-7, 21-13.

“Kekuatan kaki dan pergerakan badan masih perlu diperbaiki kerana saya rasa masih ada kekurangan,” kata Qi Xuan.

Qi Xuan dan Letshaana akan berentap esok bagi penentuan juara dan naib juara kumpulan.

Kejutan berlaku dalam acara beregu lelaki yang menyaksikan Muhd. Haikal Nazri-Wan Muhd. Arif Wan Junaidi bangkit daripada kekalahan untuk melakar kemenangan 15-21, 21-16, 21-19 ke atas beregu senior, Choong Hon Jian-Nur Firdaus Azman.

Selepas melakar satu kemenangan dan satu kekalahan, Arif dan Haikal menghuni tangga kedua, berkongsi satu mata bersama Hon Jian dan Firdaus yang berada di kedudukan ketiga.

Beregu wanita pula akan memperlihatkan penentuan bagi kedudukan juara dan naib juara kumpulan akan berlaku esok melibatkan Pearly Tan-Toh Ee Wei dan Yap Ling-Teoh Mei Xing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya