FIFA mahu perkenal cuti bersalin - Utusan Malaysia

FIFA mahu perkenal cuti bersalin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAUSANNE: Persekutuan Bola sepak Antarabangsa (FIFA) bercadang untuk memperkenalkan beberapa langkah bagi melindungi pemain yang mengandung, termasuk memberi cuti bersalin wajib sekurang-kurangnya 14 minggu.

“Kami mahu melihat lebih ramai wanita bermain bola sepak tapi dalam masa sama mereka mempunyai keluarga,” kata Ketua Pegawai Bola sepak Wanita FIFA, Sarai Bareman.

Menurut badan induk bola sepak dunia itu, beberapa cadangan sedang menanti kelulusan Majlis FIFA bulan depan.

Cuti bersalin wajib selama 14 minggu akan memastikan pemain terjamin daripada minimum dua pertiga gaji berdasarkan kontrak mereka.

FIFA menegaskan mereka bukan mahu menyukarkan kelab, sebaliknya mereka merasakan tidak ada pemain menganggap mengandung itu sebagai satu kekurangan.

“Idea ini adalah untuk melindungi pemain wanita sebelum, ketika dan selepas melahirkan anak,” kata Ketua Pegawai Undang-Undang dan Pematuhan FIFA, Emilio Garcia. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya