F1 2021 catat sejarah - Utusan Malaysia

F1 2021 catat sejarah

F1 2021 akan berlangsung 21 perlumbaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Formula Satu (F1) hari ini mengumumkan kalendar 2021, di mana 23 perlumbaan bakal berlangsung iaitu yang terbesar dalam sejarah sukan permotoran itu.

Musim 2021 akan bermula di Australia pada 21 Mac, selain perlumbaan pertama di Arab Saudi pada 28 November.

Bagaimanapun penganjur Grand Prix Vietnam memberitahu AFP, perlumbaan yang di negara itu yang sepatutnya berlangsung pada April mungkin tidak akan diteruskan.

Masa depan F1 di Vietnam menimbulkan keraguan selepas Nguyen Duc Chung, Datuk Bandar Hanoi dan watak penting yang membawa perlumbaan ke negara itu ditahan atas tuduhan rasuah, Ogos lalu.

Kalendar F1 2020 terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 yang menyaksikan hanya 17 perlumbaan dapat dilangsung dan pemandu Mercedes, Lewis Hamilton berada di landasan untuk mempertahankan kejuaraan dunia.

Selepas kebanyakan perlumbaan berlangsung tanpa penonton sebagai usaha mengekang penularan wabak Covid-19, penganjur menjangkakan orang ramai akan kembali memenuhi saingan musim depan. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya