E-Sukan dapat peruntukan RM15 juta - Utusan Malaysia

E-Sukan dapat peruntukan RM15 juta

BELANJAWAN 2021
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan RM103 juta untuk membina, menaik taraf dan menyelenggara kemudahan sukan di seluruh negara selain RM55 juta bagi pembangunan sukan berprestasi tinggi.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam sesi pembentangan Belanjawan 2021 di Parlimen berkata, peruntukan RM55 juta itu merangkumi program pembangunan hoki, ragbi, badminton, basikal serta pembangunan atlet wanita.

“Peruntukan itu merangkumi RM15 juta kepada pembangunan E-Sport,” katanya.

Tengku Zafrul memberitahu, kerajaan turut menyediakan RM19 juta bagi melaksanakan Agenda Nasional Malaysia Sihat yang bertujuan memantapkan amalan gaya hidup sihat demi mengurangkan risiko penyakit dibetes, hipetensi dan obesiti.

“Sebanyak RM28 juta disediakan bagi melaksanakan program MyFit, Hari Sukan Negara dan Program Inspire bagi komuniti OKU (Orang Kurang Upaya).

“Bagi membantu pengusaha industri sukan, RM20 juta disediakan sebagai pinjaman mudah di bawah skim TEKUN Sukan untuk memastikan kelangsungan operator fasiliti sukan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya