Dalam ‘wiki’ pun tiada rekod - Utusan Malaysia

Dalam ‘wiki’ pun tiada rekod

B. SATHIANATHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bukan semua jurulatih import bagus

KUALA LUMPUR: Hanya kerana mereka ‘Mat Salleh’ atau diimport dari luar negara, tidak semestinya jurulatih itu berkualiti untuk membimbing pasukan Liga Malaysia (Liga M), kata bekas jurulatih kebangsaan, B. Sathianathan.

Sathianathan yang juga Pre­siden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM) bimbang dengan trend kelab tempatan yang cen­derung memilih pe­ngendali asing biarpun mereka tidak memiliki latar belakang yang me­yakinkan.

Berkongsi pe­ngalaman hampir 28 tahun dalam bidang kejurulatihan, Satianathan mendedahkan ada pasukan yang tertipu dengan jurulatih luar.

“Ada seorang jurulatih asing yang saya tidak mahu dedah nama.

“Dia hanya ada pengalaman bimbing pasukan bawah 12 tahun tetapi datang ke sini dapat melatih skuad utama selama dua tahun. Pasukan senior dan remaja ini jauh berbeza.

“Saya tidak mahu perkara ini terjadi lagi dalam liga kita, ja­ngan hanya dengar cakap ejen.

“Malah ada juga yang bila diperiksa dalam wikipedia tiada langsung nama dia. Ini kena jaga-jaga sikit kerana jurulatih luar ini memang nampak cantik (hebat),” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Kata Sathianathan, memang ada jurulatih luar yang bagus, namun kebanyakannya adalah dari divisyen satu atau liga utama negara tersebut.

“Tetapi apa yang saya lihat banyak jurulatih dari Eropah yang gagal mendapat pekerjaan di negara mereka akan datang ke sini walaupun ditawarkan gaji rendah kerana ramai pasukan di sini percaya dengan kemampuan orang luar.

“Kalau mereka kata benda itu hitam walaupun putih tetap orang percaya.

“Saya sudah lihat, purata jurulatih yang datang Malaysia tak ramai mampu beri kejayaan. Ada yang datang tapi dipecat selepas tiga atau enam bulan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya