‘Cikgu’ Marcote mahu kembali - Utusan Malaysia

‘Cikgu’ Marcote mahu kembali

Ramon Marcote ketika membimbing pasukan Kedah pada 2018.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pasti penyokong skuad Hijau Kuning masih mengingati gandingan Tan Cheng Hoe bersama Ramon Marcote yang berganding bahu menerapkan corak permainan pantas dalam skuad Kedah pada 2015.

Kerjasama kedua-dua jurulatih itu juga telah merubah corak permainan Kedah yang menarik perhatian penyokong bola sepak tempatan selain menghadirkan kejuaraan Liga Perdana dan naib juara Piala Malaysia pada musim itu.

Bagaimanapun, jodoh pengendali dari Sepanyol itu dan Kedah tidak panjang apabila hanya memegang jawatan ketua jurulatih selama separuh musim sebelum dipecat pada 2018 ekoran kemerosotan prestasi pasukan.

Namun, kegagalan itu tidak melunturkan semangat Marcote untuk terus ‘mencari makan’ dalam Liga Malaysia (Liga M) dan mengakui ada dihubungi beberapa pasukan tetapi semuanya masih dalam proses perbincangan.

Jurulatih berusia 43 tahun itu, kini kembali bertugas sebagai guru di sebuah sekolah di Sepanyol ekoran penularan Covid-19.

“Sudah tentu saya ingin kembali ke Liga Malaysia. Kuala Lumpur ada berbincang tetapi sekarang mereka telah ada pilihan sendiri. (jurulatih dari Chile Simon Elissetche).

“Saya ada juga dengar Sabah dan Penang (Pulau Pinang) berminat untuk dapat khidmat saya tetapi ia sekadar spekulasi kerana kedua-dua pasukan itu tidak menghubungi saya.

“Saya antara tenaga pengajar dalam kursus pro UEFA dan juga perunding untuk pasukan bola sepak di Sepanyol.

“Tetapi sebab Covid-19 saya kembali kepada pekerjaan asal saya iaitu guru di sebuah sekolah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Marcote yang memiliki lesen kejurulatihan UEFA pro dilihat antara jurulatih asing yang mampu memberi impak dalam bola sepak tempatan namun beliau berdepan kegagalan ketika menjadi pengendali di Kedah selepas dipercayai gagal memikat hati pemain ketika itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya