Cavani, Fernandes selamatkan Solskjaer - Utusan Malaysia

Cavani, Fernandes selamatkan Solskjaer

BRUNO Fernandes (kanan) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan, Marcus Rashford dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Goodison Park, Liverpool sebentar tadi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Dua jaringan Bruno Fernandes dan gol pertama Edinson Cavani dalam Liga Perdana Inggeris memastikan kedudukan Ole Gunnar Solskjaer selamat buat seketika selepas Manchester United menumpaskan Everton 3-1 di Goodison Park, sebentar tadi.

United dikatakan bakal memecat Solskjaer jika pasukan itu kali sekali lagi, dan kedudukan jurulatih dari Norway itu di ambang bahaya selepas Bernard meletakkan Everton di depan pada minit ke-19.

Fernandes bagaimanapun menyamakan kedudukan pada minit ke-25 selepas menanduk hantaran cantik Luke Shaw, menewaskan Jordan Pickford.

Gol kedua hadir pada minit ke-32 selepas Fernades melakukan rembatan jauk dari jarak 35 yang gagal dibaca Pickford.

Ketika saingan menunggu masa untuk ditamatkan, Cavani membuka akaun jaringan bersama United untuk kedudukan 3-1.

Kemenangan itu pasti melegakan Red Devils yang sebelum ini dikritik hebat selepas tumpas 0-1 kepada Arsenal dalam perlawanan terakhir liga di Old Trafford, Isnin lalu, malah mereka seri 0-0 dengan Chelsea pada 25 Oktober.

Tekanan semakin dirasai oleh Solskjaer apabila pasukan itu kalah lagi 2-1 kepada Istanbul Basaksehir dalam saingan Liga Juara-Juara, Khamis lalu.

Kemenangan membolehkan United kini memperbaiki kedudukan ke tangga ke-13 liga dengan mengumpul 10 mata daripada tujuh perlawanan.

Everton yang cemerlang mendahului liga di awal musim jatuh ke tangga kelapan dengan 13 mata. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN