MADRID: Ronald Koeman mengakui, dia tidak pasti sama ada Lionel Messi akan meninggalkan Barcelona musim depan dan bukan tugasnya untuk meyakinkan bintang Argentina itu agar kekal.
Messi cuba meninggalkan Camp Nou, Ogos lalu tetapi membatalkan hasrat kerana kerana terikat dengan kontrak, namun dia bebas untuk memulakan rundingan bersama kelab lain pada Januari 2021.
Kontraknya bersama Barcelona akan tamat pada Jun, dan Manchester City antara pasukan yang bersedia mengambil langkah pertama untuk mendapatkan khidmat penyerang berusia 33 tahun itu.
“Messi masih ada kontrak dan pada pandangan saya, dia kekal di sini (buat masa ini).
“Bagaimanapun saya bukan orang yang cuba meyakinkannya agar kekal. Kita tengok saja masa depannya, sama ada dia masih pemain Barcelona atau tidak.
“Tiada siapa tahu apa akan berlaku kepada Messi,” kata Koemann dalam sidang akhbar hari ini menjelang aksi La Liga menentang Atletico Madrid esok. – AFP