Belgium 'tendang' England - Utusan Malaysia

Belgium ‘tendang’ England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LEUVEN, Belgium: Jurulatih England, Gareth Southgate menegaskan pemainnya mempamer peningkatan biarpun kalah 0-2 kepada Belgium pagi tadi, sekali gus gagal ke pusingan akhir Liga Negara-Negara tahun depan.

Jaringan babak pertama Youri Tielemans dan Dries Mertens di Leuven memastikan Belgium menerajui Kumpulan 2, lima mata mengatasi England yang menghuni tangga ketiga dengan berbaki satu perlawanan.

England menguasai sebahagian besar perlawanan selepas ketinggalan 0-2 dalam tempoh 24 minit tetapi gagal mencari gol.

Southgate turut dipersoalkan kerana menukar formasi 4-3-3 yang menyaksikan Three Lions meledak 37 gol dalam lapan aksi kelayakan Kejohanan Eropah (Euro) 2020 kepada 5-2-3 yang hanya menghasilkan tiga gol daripada lima perlawanan Liga Negara-Negara.

“Walaupun kami tidak suka kekalahan dan tidak mahu tersingkir daripada kejohanan, namun tahap prestasi pemain menakjubkan.

“Saya berpuas hati dengan peningkatan yang ditunjukkan. Dalam dua perlawanan terakhir, saya tidak fikir kami berhak mendapat keputusan seperti itu tetapi inilah hakikat yang perlu diterima apabila beraksi dalam saingan kalah mati,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya