Bekas pertahanan Kelantan, Selangor meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bekas pertahanan Kelantan, Selangor meninggal dunia

ALLAHYARHAM Mohd. Shaiful Nizam Hussin (tengah) ketika menerima kunjungan dari rakan-rakannya baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Bekas tonggak pertahanan Kelantan dan Selangor Mohd. Shaiful Nizam Hussin, 45, meninggal dunia hari ini akibat penyakit ketumbuhan dalam kepala.

Bapa kepada tiga cahaya mata itu menghembuskan nafas terakhirnya sekitar pukul 12.30 tengah hari di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Abangnya, Mohd. Ausri Hussin ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, adiknya itu mula menghidap ketumbuhan dalam kepala pada Ogos lalu.

Menurutnya, Mohd. Shaiful Nizam asalnya mengalami pening kepada dan muntah-muntah. 

“Kemudian dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan menggunakan kaedah pengimejan diagnostik (MRI).

“Hasil pemeriksaan MRI mengesahkan arwah menghidap ketumbuhan dalam kepala,” katanya.

Ausri memberitahu, selepas itu arwah menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan namun lebih kurang dua bulan kemudian ketumbuhan tersebut menyerang semula.

Katanya, Allahyarham telah menjalani pembedahan kedua bagi membuang ketumbuhan tersebut.

“Masuk lapan hari pada hari ini, dia tak sedar, (berlaku) pendarahan dalam kepala.

“Dia meninggal dunia dalam keadaan tidak sedar tengah hari tadi,” ujarnya.

Mohd. Shaiful Nizam pernah menyarung jersi skuad senior Kelantan bermula tahun 1996 hingga 2002 sebelum berhijrah menyertai Selangor.

Kejayaan paling manis sepanjang karier beliau adalah membantu Kelantan menjuarai Liga Perdana 2 musim 2000 ketika pasukan itu dibawah kendalian Allahyarham Abdul Rahim Ahmad.   

Jenazah Mohd. Shaiful akan dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Tambak, Pintu Geng, dekat sini selepas waktu Asar petang ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya