Bayern kukuh cengkaman pendahulu - Utusan Malaysia

Bayern kukuh cengkaman pendahulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SALZBURG: Bayern Munich bangkit daripada ketinggalan sebelum melakar kemenangan ke-14 berturut-turut apabila membenam RB Salzburg 6-2 dalam aksi Liga Juara-Juara pagi tadi.

Jaringan pertama Jerome Boateng di pentas Eropah dalam tempoh lima tahun menaikkan motivasi Bayern yang diberikan tentangan sengit di awal permainan.

Ketika kedudukan terikat 2-2, Boateng menyudahkan hantaran sudut Joshua Kimmich 11 minit sebelum tamat permainan untuk meletakkan juara bertahan itu kembali di depan.

Leroy Sane, Robert Lewandowski dan Lucas Hernandez meledak gol di hujung perlawanan bagi membolehkan Bayern mengukuhkan kedudukan pendahulu Kumpulan A dengan tiga kemenangan berturut-turut.

“Ia perlawanan yang sukar seperti kami jangkakan sejak awal. Salzburg bermain sangat bagus.

“Kami menjaringkan gol dan tidak bermain baik pada babak kedua, namun yang penting pasukan meraih kemenangan dimahukan,” kata Boateng kepada Sky Sports. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya