Atalanta malukan Liverpool di Anfield - Utusan Malaysia

Atalanta malukan Liverpool di Anfield

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Liverpool terpaksa menunggu untuk melangkah ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara selepas dikejutkan dengan kekalahan 0-2 kepada Atalanta di Anfield sebentar tadi.

Kemenangan itu membolehkan Atalanta melunaskan dendam ke atas Reds selepas dibelasah 5-0 di Itali, bulan lalu.

Pertukaran strategi dan barisan pemain yang dilakukan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp nyata memberi kesan buruk.

Juara Liga Perdana itu yang membariskan Mohamed Salah, Divock Origi dan Sadio Mane di bahagian serangan langsung tidak melakukan percubaan tepat sepanjang perlawanan, malah dihukum oleh dua gol pantas lawan dalam aksi Kumpulan D.

Benteng pertahanan yang turut menyaksikan pertukaran besar dengan kemasukan Konstantinos Tsimikas (bek kiri), Neco Williams (bek kanan) dan Rhys Williams (pertahanan tengah) melakukan beberapa kesilapan.

Josip Ilicic memecah kebuntuan apabila meletakkan Atalanta di depan pada minit ke-60, sebelum Robin Gosens menggandakan kedudukan, empat minit kemudian.

Liverpool bagaimanapun masih mengungguli kumpulan dengan sembilan dan memerlukan satu lagi kemenangan untuk layak ke peringkat 16 akhir.

Ajax yang menumpaskan kelab Denmark, Midtjylland 3-1 mengekori di tangga kedua dengan berkongsi tujuh mata bersama Atalanta. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya