Arsenal dibedil di tempat sendiri - Utusan Malaysia

Arsenal dibedil di tempat sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Selepas melakar kemenangan sensasi 1-0 ke atas Manchester United minggu lalu, Arsenal dimalukan di laman sendiri apabila dibedil 3-0 oleh Aston Villa dalam aksi Liga Perdana Inggeris pagi tadi.

Malah, Gunners bernasib baik tidak kalah dengan jaringan lebih besar melihat kepada deretan peluang yang dimiliki Villa.

Gol sendiri Bukayo Saka meletakkan pasukan pelawat di depan, dan sebelum itu jaringan John McGinn dibatalkan oleh video bantuan pengadil (VAR) manakala percubaan Jack Grealish dinafikan Dani Ceballos betul-betul di atas garisan gol.

Minggu lalu, Arsenal menewaskan United di Old Trafford buat kali pertama dalam tempoh 14 tahun dan memberi isyarat skuad kendalian Mikel Arteta berada pada landasan tepat.

Begitupun kekalahan kepada Villa di Emirates memaksa Arteta kembali menilai pasukannya yang kini menghuni tangga ke-11, enam mata di belakang pendahulu Leicester City.

“Kami beraksi di bawah tahap sebenar dan saya perlu katakan ia adalah kali pertama saya menyaksikan kami bermain tidak seperti satu pasukan.

“Kami tewas dalam semua persaingan, dan tidak kemas dengan bola. Ia mengecewakan,” kata Arteta.

Villa kendalian Dean Smith sebaliknya menunjukkan keyakinan lebih tinggi dan Arsenal bergelut mengekang Grealish, Watkins serta Ross Barkley. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya