Anda tentukan logo Kedah Darul Aman FC - Utusan Malaysia

Anda tentukan logo Kedah Darul Aman FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyokong Kedah kini boleh menentukan logo terbaik yang akan digunakan pasukan itu dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Hari ini, tiga senarai akhir logo diperkenalkan untuk diundi oleh peminat bola sepak.

Menurut Facebook Kedah FA, lima orang panel telah bermesyuarat semalam bagi menyenarai pendek tiga daripada 20 logo terbaik untuk dipilih.

“Ini meliputi kesesuaian reka bentuk dan penyediaan portfolio yang lengkap untuk diangkat sebagai salah satu logo serta portfolio terbaik bagi dipilih sebagai panji Kedah Darul Aman FC musim depan.

“KDA FC akan menyertai kejohanan Liga Malaysia dan Piala AFC musim 2021,” tulis Kedah FA.

 Logo 1 rekaan Ammar Yasier.
Logo 2 rekaan Mohd. Faliq Isa.
Logo 3 rekaan Ruhaifi Roslan.

Demi menghargai penyertaan penyokong bola sepak Kedah Darul Aman, pihak pengurusan akan mengambil kira jumlah undian dalam talian bagi pemilihan logo KDA FC.

Undian dibuka dalam tempoh 24 jam bermula jam 11 pagi tadi sehingga 10.59 pagi esok.

Pautan undian: https://forms.gle/vTZyfiCoE6aCitq57

#kdafc #pulunkedahpulun #3finalist

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya