Anak pertama Raya Haji, anak kedua Deepavali - Utusan Malaysia

Anak pertama Raya Haji, anak kedua Deepavali

Muhammad Syafiq Ahmad bersama isterinya, Nor Amalina Norain yang selamat melahirkan anak kedua mereka di Hospital Pakar KPJ Puteri, Johor Bahru semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Perayaan sambutan Deepavali tahun ini akan menjadi hari paling diingati penyerang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Syafiq Ahmad apabila dia dan isterinya menyambut kelahiran anak kedua.

Isterinya, Nor Amalina Norain selamat melahirkan bayi lelaki berkenaan secara normal pada pukul 2.05 petang di Hospital Pakar KPJ Puteri semalam.

Menurut Nor Amalina, anak keduanya itu pada awalnya dijangka dilahirkan pada 10 Disember depan.

“Saya tidak jangka dia dilahirkan seawal ini, namun saya tetap bersyukur kerana semuanya lancar dan selamat.

“Istimewanya, anak pertama kami dilahirkan pada perayaan Hari Raya Haji, adiknya pula pada sambutan perayaan Deepavali hari ini,” katanya kepada pemberita sambil ditemani suaminya.

Tambah Nor Amalina, keha­diran bayi seberat 2.74 kilogram itu melengkapkan keluarga mereka yang sudah memiliki seorang anak perempuan bernama Aaira Nur Safiyya, kini berusia dua tahun.

Sementara itu, pasangan berkenaan turut menerima kerusi keselamatan bayi daripada pengurusan hospital pakar berkenaan bersempena program Bayi Merdeka yang dilancarkan pada 29 Ogos lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya