Ajax diserang 11 kes positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Ajax diserang 11 kes positif Covid-19

PERSIAPAN Ajax menjelang Liga Juara-Juara dihimpit isu Covid-19.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMSTERDAM: Gergasi bola sepak Belanda, Ajax berdepan tamparan hebat menjelang saingan Liga Juara-Juara menentang FC Midtjylland awal pagi esok apabila merekodkan 11 kes positif Covid-19 menjelang kunjungan ke Denmark.

Beberapa bintang utam Ajax, termasuk kapten, Dusan Tadic dan penjaga gol, Andre Onana tidak bertolak ke Denmark, menurut laporan De Telegraaf.

Menurut laporan itu lagi, hanya 17 anggota skuad bimbingan Erik ten Hag dibawa ke Denmark.

Andre Onana, Davy Klaassen, Dusan Tadic, Ryan Gravenberch dan Maarten Stekelenburg antara yang terpaksa ditinggalkan, umum kelab berkenaan.

Hanya beberapa pemain bintang seperti David Neres, Daley Blind, Klaas-Jan Huntelaar, Quincy Promes dan Nicolas Tagliafico tiba di Denmark hari ini.

Ajax menjadi pasukan terbaharu Liga Belanda selepas PSV Eindhoven dan AZ Alkmaar ‘diserang’ Covid-19.

Selepas dua perlawanan Kumpulan D, Ajax, yang mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara musim lalu kini mengumpul satu mata untuk menghuni tangga ketiga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya