100PLUS, MSN teruskan kerjasama 5 tahun lagi - Utusan Malaysia

100PLUS, MSN teruskan kerjasama 5 tahun lagi

REEZAL Merican Naina Merican (tengah) menerima replika penajaan daripada Engku Isyamuddin Tuan Losin di Putrajaya hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Majlis Sukan Negara (MSN) dan 100PLUS, minuman isotonik No. 1 di Malaysia bersetuju menyambung jalinan kerjasama untuk tempoh lima tahun lagi sehingga 2024.

Menerusi penajaan besar berbentuk tunai dan barangan itu, 100PLUS akan dinamakan sebagai Penaja Isotonik Rasmi MSN yang eksklusif.

Di bawah penajaan berkenaan, atlet yang bernaung di bawah MSN akan menerima manfaat menerusi minuman 100PLUS.

“Atlet negara kita sememangnya amat komited dan gigih menjalani latihan untuk tempoh masa yang panjang bagi meningkatkan kemampuan dan tahap mereka.

Semasa pertandingan, atlet berusaha sehabis mungkin untuk memburu kejayaan. 100PLUS minuman isotonik paling sesuai untuk membantu mereka menghidrasi dan memulih tahap kecergasan ,” kata Pengurus Penajaan dan Pengaktifan F&N, Engku Isyamuddin Tuan Losin selepas majlis penyampaian penajaan kepada Menteri Belia dan Sukan Seri Reezal Merican Naina Merican hari ini.

Beliau juga menekankan kepentingan program remaja MSN untuk pembangunan dan perkembangan jangka panjang atlet kebangsaan.

“100PLUS sentiasa memberikan sokongan terhadap usaha pembangunan terutamanya di peringkat akar umbi dan juga atlet kebangsaan menerusi kerjasama MSN dan KBS.

“MSN telah berusaha bersungguh-sungguh untuk melahirkan atlet bertaraf dunia dan antarabangsa dan sehubungan itu, kami memutuskan untuk terus menyokong usaha MSN. Kami berharap usahasama ini akan diteruskan untuk tahun-tahun mendatang,” katanya.

Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi berkata adalah penting bagi syarikat-syarikat memberikan sokongan untuk meningkatkan lagi usaha-uasaha pembangunan MSN.

“Di MSN, kami berusaha untuk menarik syarikat-syarikat untuk menyertai kami, bukan hanya kerana kami perlukan penajaan mereka tapi lebih penting ialah kami memerlukan sokongan dan untuk mereka turut terbabit dalam usaha kami,” kata Shapawi.

Shapawi melahirkan penghargaan kepada 100PLUS kerana terus setia menyokong MSN sejak beberapa tahun lepas.

100PLUS, yang merupakan rakan penaja MSN sejak tahun 2000, sudah sinonim sebagai penyokong kuat sukan di Malaysia.

Pada masa ini, 100PLUS merupakan penaja kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), selain Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan Liga Kementerian Pendidikan (Liga KPM).

Selain itu, 100PLUS juga menyokong atlet-atlet ternama negara termasuk Datuk Wira Lee Chong Wei, Lee Zii Jia dan Goh Jin Wei yang mana kesemua mereka merupakan Duta Jenama 100PLUS buat masa ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya