Wolves lonjak tangga ketiga - Utusan Malaysia

Wolves lonjak tangga ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WOLVERHAMPTON: Pemain remaja 19 tahun, Rayan Ait-Nouri meledak gol dalam penampilan sulungnya bersama Wolverhampton untuk membantu kelab Midlands itu menewaskan Crystal Palace 2-0 di Molineux pagi tadi.

Kemenangan itu sekali gus melonjakkan Wolves ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris, berkongsi 13 mata dengan Everton dan juara bertahan, Liverpool.

Ait-Nouri hanya memerlukan 18 minit untuk meletakkan tuan rumah di depan menerusi percubaan pertamanya.

Terdahulu jaringan Palace yang disempurnakan Michy Batshuayi  dibatalkan pengadil kerana ofsaid.

Daniel Podence menggandakan kedudukan Wolves pada minit ke-27 dengan memanfaatkan hantaran lintang Pedro Neto.

Palace bertambah malang apabila Luka Milivojevic dibuang padang di hujung permainan selepas video bantuan pengadil (VAR) mendapati dia melakukan kekasaran ke atas pemain gantian Wolves, Joao Moutinho. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya