VAR nafikan kemenangan Liverpool - Utusan Malaysia

VAR nafikan kemenangan Liverpool

JORDAN Henderson kecewa selepas jaringannya dibatalkan oleh pengadil.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Video bantuan pengadil (VAR) menafikan kemenangan Liverpool selepas jaringan kapten, Jordan Henderson pada waktu kecederaan dibatalkan, sekali gus menyaksikan Reds seri 2-2 dengan musuh berjiran, Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris sebentar tadi.

Keputusan seri juga bermakna, Everton masih gagal mengalahkan Liverpool selepas 10 tahun, keputusan yang bagaimanapun tetap menggembirakan jurulatih mereka, Carlo Ancelotti kerana The Toffees sekurang-kurangnya mengutip satu mata di Goodison Park.

Pembatalan gol Henderson menimbulkan kontroversi selepas pengadil mendakwa, Sadio Mane sudah berada dalam posisi ofsaid ketika jaringan tersebut dihasilkan.

Terdahulu, Mane yang baru pulih daripada jangkitan Covid-19 nyata memberi impak besar kepada Liverpool apabila membuka jaringan pasukannya seawal minit ketiga selepas melepaskan rembatan kaki kanan, menewaskan penjaga gol, Jordan Pickford.

Everton bagaimanapun tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan menerusi tandukan pemain pertahanan, Michael Keane hasil sepakan sudut pada minit ke-19.

Selepas babak pertama berakhir 1-1, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan sebaik sahaja separuh masa kedua bersambung, dan Liverpool akhirnya kembali di depan menerusi Mohamed Salah pada minit ke-72.

Begitupun ketika permainan berbaki sembilan minit, pemain sensasi England, Dominic Calvert-Lewin terus mempamer aksi berbisa apabila meledak gol penyamaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya