Tottenham malukan United - Utusan Malaysia

Tottenham malukan United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Ole Gunnar Solskjaer menyifatkan hari ini adalah detik paling ‘memalukan’ dan dia mengambil semua tanggungjawab selepas Manchester United dimalukan 6-1 oleh Tottenham dalam aksi Liga Perdana Inggeris hari ini.

Itu bermakna, United sudah kalah dalam dua perlawanan di tempat sendiri musim ini, dan hanya mengutip tiga mata daripada tiga perlawanan pertama.

Harry Kane muncul wira kemenangan Spurs manakala United terpaksa beraksi dengan 10 pemain dalam sebahagian besar permainan selepas Anthony Martial dibuang padang.

“Saya angkat tangan, semua ini salah saya, sangat memalukan!

“Ia melukakan semua pemain, melukakan pengurus dan hari paling buruk dalam hidup saya.

“Bagaimanapun dalam sejarah United, kami pernah bangkit daripada situasi seperti ini,” kata Solskjaer.

Kane dan Son Heung-min masing-masing meledak dua gol manakala dua lagi jaringan Tottenham disempurnakan oleh Tanguy Ndombele dan Serge Aurier.

Gol saguhati United diperoleh menerusi sepakan penalti Bruno Fernandes seawal minit kedua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya