LISBON: Dejan Kulusevski mengakui sukar untuk mengikat Cristiano Ronaldo apabila dua pemain Juventus terbabit dijadualkan bertemu dalam saingan Liga Negara-Negara Eropah melibatkan Sweden dengan Portugal esok.
Portugal bakal melayani kunjungan pasukan yang diwakili Kulusevski, Sweden di Lisbon untuk perlawanan Liga A, Kumpulan 3.
Lebih kurang seperti bintang Perancis Kylian Mbappe, Kulusevski juga teruja untuk berdepan pemain berpengaruh Portugal, Ronaldo selepas digandingkan bersama di atas padang bersama Juventus.
“Tiada seorang pun yang boleh menghalangnya. Jika dia meniti hari baik, dia akan menyelesaikannya secara sendirian.
“Kami tidak cuba menghalangkan pada pertemuan terakhir, namun kami mempunyai satu lagi peluang untuk memperbaikinya pada pertembungan seterusnya.
“Saya tidak tahu bagaimana untuk menghalangnya. Anda perlu lebih agresif untuk cuba membuatkannya kecewa.
“Saya tahu apa kesan bermain menentang gaya agresif dan pada penghujungnya anda boleh mengalami kekecewaan,” ujar Kulusevski.- AGENSI