PARIS: Simona Halep diuji positif Covid-19 namun bekas pemain tenis wanita No. 1 dunia itu hari berkata, dia ‘pulih dengan baik dan rasa bagus’.
Pemain Romania berusia 29 tahun itu membuat pengumuman tersebut di Twitter, empat minggu selepas disingkirkan oleh Iga Swiatek dalam Terbuka Perancis. Halep, juara bertahan Wimbledon berkata: “Hai semua orang,
“Hai semua, saya mahu beritahu anda bahawa saya diuji positif Covid-19.
“Saya kini menjalani kuarantin di rumah dan semakin pulih daripada simpton kecil. Saya rasa bagus… kita akan melalui ini bersama,” kata juara Wimbledon itu dalam Twitter. – AFP