LAUSANNE: Bintang Switzerland, Xherdan Shaqiri menjadi pemain Liverpool terbaharu selepas Thiago Alcantara dan Sadio Mane disahkan positif Covid-19, umum Persekutuan Bola Sepak Switzerland hari ini.
Shaqiri, 28, sepatutnya membuat penampilan pertama bersama skuad kebangsaan sejak Jun 2019 dalam aksi persahabatan esok.
Begitupun dia kini perlu menjalani kuarantin dan terlepas perlawanan menentang Croatia, selain terpaksa melupakan dua saingan Liga Negara-Negara UEFA bertemu Sepanyol (Sabtu) dan Jerman pada 13 Oktober.
Jumaat lalu, juara Liga Perdana Inggeris, Liverpool mengesahkan penyerang Senegal, Mane diuji positif Covid-19 empat hari selepas Thiago dijangkiti virus berkenaan.
Mane dan Thiago terlepas perlawanan terakhir Liga Perdana yang menyaksikan Liverpool dimalukan 7-2 oleh Aston Villa, Ahad lalu. – AFP