Selangor tambah duka Felda United - Utusan Malaysia

Selangor tambah duka Felda United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM : Selangor terus garang dalam dua aksi terakhir Liga Super apabila membelasah Felda United 6-1 di Stadium UiTM, Shah Alam sebentar tadi.

Minggu lalu, PDRM menjadi mangsa pertama amukan Red Giants selepas dibelasah 7-0.

Kekalahan itu menambah duka Felda United yang kemungkinan besar menjadi aksi terakhir mereka di pentas Liga Malaysia selepas pengurusan baharu mengumumkan penarikan diri musim depan.

Malam bergaya Red Giants bermula menerusi ledakan Brendan Gan pada minit ke-13 namun Daniel Amier Norhisham menyamakan kedudukan pada minit ke-33.

Skuad kendalian Michael Feichtenbeiner kembali mendahului hasil tolakan mudah penyerang Nigeria, Ifedayo Olusegun selepas menerima umpanan  Sandro da Silva untuk menutup babak kedua dengan keputusan 2-1.

 

Bersambung babak kedua, Ifedayo terus mempamer ketajaman apabila menjaring gol kedua peribadinya pada minit ke-62, disusuli dua gol ledakan Sandro pada minit ke-70 dan m-78.

Ifedayo melengkapkan hatrik dua minit sebelum tamat perlawanan, sekali gus meletakkannya sebagai penjaring terbanyak liga dengan 12 gol dan berpeluang cerah memenangi Anugerah Kasut Emas musim ini.

Bagaimanapun, penyerang Perak Shahrel Fikri Md Fauzi yang mengumpul 10 gol berpeluang mengatasi Ifedayo apabila turun menentang Kedah malam esok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya